Selamat Datang

Wednesday 18 April 2012

Khemah Ibadah Siri 1

Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Khemah Ibadah Siri 1 untuk murid-murid tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh      : 4 & 5 Mei 2012
Hari         : Jumaat & Sabtu
Masa       : 3.30 petang (Jumaat) - 9.00 pagi (Sabtu)
Tempat    : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Untuk makluman tuan/puan, program ini adalah kerjasama pihak sekolah dengan pihak masjid dan antara program yang akan dijalankan :
- Solat berjemaah
-Tazkirah dan kuliah Subuh
- Slot Motivasi bersama murid
- Qiamullail

Pihak sekolah juga mengalu-alukan kedatangan tuan/puan pada Jumaat malam Sabtu untuk sama-sama Solat Qiamullail (4 pagi) di masjid tersebut bersama Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kem Bestari Solat Tahun 2

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF akan menjalankan Program Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 2 seperti ketetapan berikut :

Tarikh       : 24 April 2012
Hari          : Selasa
Waktu      : 1.15 petang (selepas sesi persekolahan) - 4.30 petang
Pakaian    : Baju sekolah @ baju sukan dan diwajibkan bertudung bagi murid perempuan

Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan akan disediakan makan tengahari sebelum program bermula. Murid-murid juga digalakkan membawa telekong (murid perempuan) dan selipar untuk mengambil wudhuk.

Sunday 15 April 2012

Syafakillah

Pada 10 April 2012 (Selasa) yang lepas, kami telah dikejutkan dengan satu berita kemalangan Ustazah Cik Gayah yang berlaku di tempat kediaman beliau. Ustazah Gayah telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang sedang memandu laju dan merempuh dirinya yang sedang melintas jalan di Bukit Changgang. Kejadian berlaku ketika Ustazah Gayah hendak ke sekolah pada pukul 6.30 pagi.Ustazah Gayah telah dimasukkan ke Wad Kecemasan dan dijahit dibahagian kepala sepanjang 6cm.

Guru-guru Panitia Pendidikan Islam telah pergi melawat Ustazah Gayah dan bersyukur melihat keadaan Ustazah Gayah yang semakin sihat. Kami semua mendoakan agar Ustazah Gayah cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan....Amin Ya Rabbal 'Alamin.

TAHNIAH!

Pada 7 April 2012 (Sabtu) baru-baru, Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1) telah menghantar 7 orang wakil untuk menyertai Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Putrajaya. Alhamdulillah, adik Mohamad Nuril Akhyar bin Mohamad Shukry telah mendapat tempat tempat ke-3 dalam Acara Azan.

Insya Allah, kita akan cuba untuk tahun hadapan bagi acara-acara lain. Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha dengan gigih.




Mohamad Nuril Akhyar bin Mohamad Shukry
Tempat ke-3
Acara Azan

Wednesday 4 April 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ) PERINGKAT PUTRAJAYA 2012

Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1) telah memilih 7 orang murid untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Putrajaya seperti ketetapan berikut :

Tarikh            : 7 April 2012 
Hari               : Sabtu
Waktu            : 8.00 pagi - 1.30 ptg
Tempat          : SMK Putrajaya Presint 11(2)

4 Acara yang akan dipertandingkan pada hari tersebut iaitu :
1) Tilawah Al-Quran (L & P)
2) Hafazan (L & P)
3) Bercerita (L & P)
4) Azan

Ibubapa/penjaga dijemput hadir pada hari tersebut untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada anak-anak dalam pertandingan yang disertai. Panitia Pendidikan Islam juga mendoakan kejayaan murid-murid yang telah dipilih untuk mewakili SKPP18(1), semoga kita melakar sejarah beroleh kemenangan pada hari tersebut, Insya Allah.........