Selamat Datang

Sunday 20 May 2012

Festival Nasyid Peringkat Negeri 2012

Alhamdulillah,selesai sudah Festival Nasyid Peringkat Negeri yang telah dilangsungkan di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 19 Mei 2012 (Sabtu). Dengan berkat doa, didikan dan dorongan, Kumpulan Al-Fatah telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Muhammad Zakariyya bin Md. Danial telah dinobatkan sebagai Solo Terbaik.

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah kepada semua peserta di atas usaha gigih yang telah membawa kita ke arah yang cemerlang. Terima kasih juga kepada Ustaz Idzhar bin Jumali yang telah banyak membantu kami sepanjang aktiviti nasyid ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, juga ibubapa yang telah memberi sokongan kepada anak-anak ketika bertanding.


Syukur.....Kami Berjaya!!!!



 Persiapan dan Kata Semangat dari Jurulatih dan Guru






Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
 Baktimu bak segunung intan
Budimu seluas lautan terbentang
Semoga Allah terus merestui segala usaha murnimu
SELAMAT HARI GURU DARI KAMI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2012

Sunday 13 May 2012

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Putrajaya

Alhamdulillah, Johan Peringkat Putrajaya 2012 


 TAHNIAH!
- Anugerah Solo Terbaik 
(MUHAMMAD ZAKARIYYA B MD DANIAL)
- Anugerah Lirik Terbaik
- Anugerah Lagu Terbaik



 
 Jurulatih dan Pencipta/Pengubah Lirik


 Ucapan Tahniah dari Timbalan Pengarah PPWPP
Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff

Persembahan oleh Kumpulan Nowseeheart

Kumpulan Nasyid Al-Fatah bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF 2012

Tuesday 8 May 2012

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat WP Putrajaya 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa SKPP18(1) & SMK18(1) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat WP Putrajaya 2012. Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1) juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai dalam acara pertandingan nasyid yang diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh         : 12 Mei 2012
Hari            : Sabtu
Masa          : 8.30 pagi - 1.30 petang

Tempat Pertandingan Sekolah Rendah       : Dewan Kompleks Sekolah 18(1)
Tempat Pertandingan Sekolah Menengah   : Kantin SMK 18(1)

Majlis Penutup : Dewan Kompleks Sekolah SK&SMK 18(1)

Oleh itu,pihak sekolah menjemput tuan/puan serta murid untuk memberi sokongan kepada kumpulan nasyid kita iaitu Kumpulan Al-Fatah yang akan bertanding pada hari tersebut. Kami mendoakan kejayaan murid-murid hingga ke peringkat seterusnya, Insya Allah......

Tuesday 1 May 2012

Solat Hajat Perdana UPSR 2012

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menganjurkan Solat Hajat Perdana UPSR 2012 seperti ketetapan berikut :

Tarikh          : 3 Mei 2012
Hari             : Khamis
Waktu         : 6.30 ptg - 10.30 mlm
* aturcara program akan diserahkan kepada murid-murid pada hari Rabu.

Pihak masjid telah meminta kerjasama dari setiap Sekolah-Sekolah Putrajaya menghantar 20 orang murid untuk menghadiri majlis tersebut bersama ibubapa/penjaga masing-masing.

Untuk makluman pihak ibubapa/penjaga juga, di bawah ini adalah senarai 20 orang murid yang telah dipilih iaitu :

1.   MOHAMAD MUZHAMEER PUTRA B ROSLI
2.   AIMAN NAZHAN PUTERA B MD YAISA
3.   MOHD ARASH ASHARI B MOHD ASRI
4.   MUHAMMAD FAHMI B KHAIRUL ANUAR
5.   MOHAMAD NURIL AKHYAR
6.   MUHAMMAD ARIF AIMAN B MD YUSOFF
7.   MUHAMMAD NURHADI B RASHID
8.   MUHAMMAD SYAHMI B SIDEK
9.   MUHAMMAD ASMIERUL EIZHAR B SUHAIMI
10. NUR IZZAH DAYANA BT MOHAMED KHAIDIR
11. NURUL ASYIQIN KHAIRANI BT SHAMSUDDIN
12. SYAURA KHALIESAH BT MD SUHAIDI
13. PUTRI HUSNA FIRZANAH BT HELMY
14. DALILI ADLINA BT AISHAM
15. NUR IMAN BT AHMAD FARIS
16. NUR IZZATY ALIAH BT SAMIA’AN
17. AISYAH BT AZHARI
18. LIYANA SYAZWANI BT MUHAMAD JASMAN
19. NUR FARHANA ALIFAH  MOHAMAD KAMAL
20. AININ FARISYA BT RASHIDI