Selamat Datang

Saturday 7 January 2012

Program Transisi Tahun 2012


4 Januari 2012 bermulalah sesi persekolahan 2012.....semua murid baru sangat teruja untuk hadir pada hari pertama persekolahan. Begitu juga ibubapa yang tidak sabar-sabar melihat anak mereka mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

Oleh itu,guru-guru telah merancang pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid-murid belajar serta mengenali guru kelas masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyi, melukis, mewarna, sukaneka dan lain-lain lagi.