Selamat Datang

Wednesday 29 February 2012

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH & BACAAN YASIN

          Alhamdulillah,Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2012 ini untuk murid-murid yang beragama Islam. Setelah selesai Majlis Maulidur Rasul 1433H baru-baru ini, program terbaru yang telah dianjurkan ialah JOM SOLAT!! Program ini diwajibkan untuk murid-murid tahun 6 dan digalakkan untuk murid-murid dari darjah 1-5. Program JOM SOLAT!! ini dijalankan setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis pada waktu Solat Zohor secara berjemaah di laman surau.

         Untuk makluman juga,Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan bacaan Yasin di tapak perhimpunan pada pagi Jumaat setiap hujung bulan. Insya Allah,dengan adanya bacaan Yasin, kita memohon agar dipelihara dan dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta mendoakan kejayaan murid-murid UPSR berjaya dengan cemerlang. Insya Allah.









Tuesday 14 February 2012

~SALAM MAULIDUR RASUL 1433H~

Pada 10 Februari 2012, Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1) telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul 1433H dan Perasmian Blog Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1).

Alhamdulillah, dengan adanya majlis seperti ini kita dapat menerapkan rasa cinta murid-murid kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang sepanduk, selawat paling bersemangat, perarakan berdisiplin, penulisan khat, busana muslim dan muslimah serta Tokoh Maulidur Rasul 1433H.

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini dan kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor,Ahli Parlimen Putrajaya, PIBG SKPP18(1), Koperasi SKPP18(1), Kantin SKPP18(1), guru-guru SKPP(1), ibubapa/penjaga dan semua murid yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat rahmat disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Taklimat dari Ustaz Saiful Afzan bin Abd Rasyid


Wakil PIBG SKPP18(1) En. Shamsudin (kiri)


Murid bersarapan sebelum berarak


Perarakan Maulidur Rasul 1433H





Pelancaran Blog Panitia Pendidikan Islam SKPP18(1)

Persembahan Nasyid

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Idzhar bin Jumali
(Motivator & Artis Kumpulan Nowseeheart)

Tokoh Maulidur Rasul 1433H yang disandang oleh adik Nur Izzah (6 Berlian)


Sumbangan makan tengahari oleh Ahli Parlimen Putrajaya

Guru-guru GPI dan j-QAF bergambar bersama penceramah


Friday 3 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

Tanggal 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1433H, kita akan menyambut Maulidur Rasul.

Panitia Pendidkan Islam SKPP 18(1) akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 10 Februari 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Kompleks Sekolah 18(1). Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :
* Pertandingan sepanduk dan perarakan sekeliling sekolah
* Pertandingan menulis khat untuk guru
* Persembahan nasyid
* Ceramah oleh Ustaz Idzhar bin Jumali (artis kumpulan Nowseeheart)

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang akan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis Maulidur Rasul ini :
* Yang Berhormat Mulia Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor,Ahli Parlimen Putrajaya
* Koperasi SK Putrajaya Presint 18(1)
* Kantin SK Putrajaya Presint 18(1)
* Guru-guru SK Putrajaya Presint 18(1) 
* Ibubapa/penjaga SK Putrajaya Presint 18(1)
serta orang ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Semoga sumbangan yang diberikan mendapat rahmat dan mendapat rezeki yang berlipat ganda...Amin Ya Rabbal 'Alamin.