Selamat Datang

Sunday 6 October 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Salam Zulhijjah!! Bermulanya tarikh penting buat umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban.....disunatkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kuku hingga ke hari dia berkorban.
Rasulullah bersabda : "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Thursday 9 May 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KAFA SKPP18(1)

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun KAFA SKPP18(1) akan bermula pada 13, 14 & 16 Mei 2013. Ibubapa/penjaga bolehlah merujuk jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan di papan kenyataan KAFA SKPP18(1)

Sekian,terima kasih.


Thursday 21 March 2013

KHEMAH IBADAH & QIAMULLAIL SIRI 1 MURID TAHUN 6

Sukacita dimaklumkan, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu lagi program Ilmiah untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menempuh alam remaja, terutama sekali persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013.

Untuk makluman ibubapa/penjaga, program tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

           Tarikh     : 22 & 23 Mac 2013
           Masa      : 5.00 ptg (Jumaat) - 9.00 pagi (Sabtu)
           Tempat   : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Oleh itu, semua murid tahun 6 diminta hadir terus ke masjid pada pukul 5.00 ptg untuk pengesahan pendaftaran.

Pengisian program ialah :
1. Ice Breaking
2. Solat Berjemaah (Masbuq)
3. Cara-cara Solat Jenazah
4. Qiamullail

Fasilitator yang dijemput ialah kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).


Wednesday 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1434H sempena hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala bagi sesiapa sahaja yang mengadakan atau menghadiri Majlis Maulidur Rasul.

Oleh itu, kami Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan bacaan Yasin, Solat Hajat/Solat Dhuha (Tahun 6) dan pertandingan Azan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh      : 25 Januari 2013
                                  Hari         : Jumaat
                                  Tempat    ; Tapak Perhimpunan / Surau

Sehubungan dengan itu, murid perempuan mestilah memakai tudung dan semua murid digalakkan membawa SurahYasin sendiri.


Friday 11 January 2013

~SALAM 2013~

Assalamu'alaikum......

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid terutama sekali murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan 2013. Kami Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga sesi 2012 yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan sepanjang program panitia dijalankan. Semoga sumbangan tuan/puan diberkati Allah dan diredhai oleh-Nya.

Bagi sesi 2013 ini, kami akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Program yang akan dijalankan pada bulan Januari ini ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H sepertimana ketetapan berikut :
            Tarikh       : 31 Januari 2013
            Hari          : Khamis
            Masa        : 7.30 pagi - 1.00 petang
            Pakaian    : Baju Melayu (murid lelaki) / Baju Kurung (murid perempuan)

Oleh itu,sehubungan dengan itu, kami Panitia Pendidikan Islam sangat mengalu-alukan sumbangan dari ibubapa/penjaga bagi menjayakan majlis tersebut. Segala keprihatinan dan kerjasama dari tuan/puan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.