Selamat Datang

Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1434H sempena hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala bagi sesiapa sahaja yang mengadakan atau menghadiri Majlis Maulidur Rasul.

Oleh itu, kami Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan bacaan Yasin, Solat Hajat/Solat Dhuha (Tahun 6) dan pertandingan Azan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh      : 25 Januari 2013
                                  Hari         : Jumaat
                                  Tempat    ; Tapak Perhimpunan / Surau

Sehubungan dengan itu, murid perempuan mestilah memakai tudung dan semua murid digalakkan membawa SurahYasin sendiri.


Friday, 11 January 2013

~SALAM 2013~

Assalamu'alaikum......

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid terutama sekali murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan 2013. Kami Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga sesi 2012 yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan sepanjang program panitia dijalankan. Semoga sumbangan tuan/puan diberkati Allah dan diredhai oleh-Nya.

Bagi sesi 2013 ini, kami akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Program yang akan dijalankan pada bulan Januari ini ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H sepertimana ketetapan berikut :
            Tarikh       : 31 Januari 2013
            Hari          : Khamis
            Masa        : 7.30 pagi - 1.00 petang
            Pakaian    : Baju Melayu (murid lelaki) / Baju Kurung (murid perempuan)

Oleh itu,sehubungan dengan itu, kami Panitia Pendidikan Islam sangat mengalu-alukan sumbangan dari ibubapa/penjaga bagi menjayakan majlis tersebut. Segala keprihatinan dan kerjasama dari tuan/puan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, 9 October 2012

Program Aqil Baligh & Qiamullail Siri 2

Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Aqil Baligh & Qiamullail Siri 2 untuk murid-murid tahun 6 pada ketetapan berikut :

Tarikh      : 12 & 13 Oktober 2012
Hari         : Jumaat & Sabtu
Masa       : 3.30 petang (Jumaat) - 9.00 pagi (Sabtu)
Tempat    : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Untuk makluman tuan/puan, program ini adalah kerjasama pihak sekolah dengan pihak masjid dan antara program yang akan dijalankan :
- Solat berjemaah
- Bacaan Yasin & tahlil buat Allahyarham Cikgu Rozi bin Husin
-Tazkirah dan kuliah Subuh
- Slot bersama murid
- Qiamullail

Pihak sekolah juga mengalu-alukan kedatangan tuan/puan pada Jumaat malam Sabtu untuk sama-sama Solat Qiamullail (4 pagi) di masjid tersebut bersama Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tuesday, 4 September 2012

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR & BACAAN YASIN 2012

Adalah dimaklumkan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru tahun 6 akan mengadakan Solat Hajat Perdana UPSR & Bacaan Yasin khas untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran ibubapa/penjaga untuk sama-sama menjayakan program yang bakal dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh     : 7 September 2012
Hari        : Jumaat
Masa      : 6.30 petang - 9.00 malam
Tempat   : Dewan SKPP18(1)

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan kepada ibubapa/penjaga untuk membawa sumbangan makanan/kuih raya sebagai jamuan pada hari tersebut.

Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Insya Allah,dengan sokongan tuan/puan, dapat melahirkan generasi yang berbakti kepada agama,bangsa dan negara, juga beroleh kejayaan yang cemerlang.


Saturday, 25 August 2012

Thursday, 16 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SKPP18(1)

Alhamdulillah, diam tak diam kita sudah hampir dengan penghujung Ramadhan dan tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri dengan meriahnya, sebagai tanda kesyukuran kita menunaikan perintah Allah di bulan yang mulia.

Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang Ihya' Ramadhan....diharap Ramadhan kali ini lebih membawa erti kepada murid-murid SKPP18(1). Sebagai penutup program Ihya' Ramadhan tahun ini, Panitia telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah di Dewan Kompleks Sekolah pada 10 Ogos 2012 baru-baru ini.

Tanggal 15 Ogos 2012, hari terakhir persekolahan, kami bagi pihak sekolah telah menyampaikan duit raya kepada semua murid yang hadir. Kemeriahan jelas terpancar di wajah anak-anak murid kerana mendapat duit raya yang disampaikan oleh Guru Besar SKPP18(1), Puan Salmiah bt Hashim.

Dikesempatan ini, kami Panitia Pendidikan Islam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN : )