Selamat Datang
Monday, 31 October 2011
Tahniah!!
Tahniah!! Bilik agama menang Pengurusan Akademik Terbaik di SKPP18(1) sempena program 'JOM BERSAMA SEKOLAH PENYAYANG 2011' yg diadakan sekolah pada 30 Oktober 2011.
TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM KERANA SAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN DAN KOMITMEN DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN......
Thursday, 27 October 2011
~Syukur~
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
✿ ܓBerterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
✿ ܓBerterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!!
Saturday, 15 October 2011
PKSR 2
Peperiksaan PKSR telah diadakan pada 12 Oktober sehingga 15 Oktober 2011 bermula pada hari Selasa dan berakhir pada hari Jumaat.
Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan tersebut.
Friday, 14 October 2011
Inilah permulaannya
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
PENGENALAN
Laman blog Panitia Pendidikan Islam Sk Putrajaya Presint 18(1) diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Pendidikan Islam di samping menyalurkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam di sekolah.
OBJEKTIF
Menjadi pusat rujukan khusus untuk pelbagai maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam
Menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti panitia kepada GPI dan Guru j-QAF untuk makluman dan tindakan segera
Menyediakan pelbagai bahan untuk kegunaan GPI dan Guru j-QAF dan pelajar ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti koleksi soalan, powerpoint dan e-book.
Menjadi tempat perbincangan di kalangan GPI bagi meningkatkan kualiti pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah
Menyediakan pelbagai pautan laman web berkaitan dengan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi manfaat GPI, Guru j-QAF dan pelajar. Menyediakan peluang kepada Guru-guru untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti panitia sekolah dan berkongsi bahan untuk manfaat bersama.
Menjadikan ICT sebagai wadah penyebaran ilmu yang cepat, tepat dan berkesan.
Meningkatkan martabat GPI dalam penggunaan ICT dan perintis kepada usaha mewujudkan laman web khusus untuk manfaat semua warga pendidikan.
PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
- Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
- Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia.
- Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
- Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah.
- Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi’ah Islamiah di sekolahISU YANG PERLU DIFAHAMI
- Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia P.Islam
- Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
- Kerjasama sesama guru-guru Pendidikan Islam dan pihak lain yang berkaitan
- Fungsi Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Pendidikan Islam
- Pendokumentasian data / maklumat Pendidikan Islam / sistem fail.
Subscribe to:
Posts (Atom)