Selamat Datang

Friday 11 January 2013

~SALAM 2013~

Assalamu'alaikum......

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid terutama sekali murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan 2013. Kami Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga sesi 2012 yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan sepanjang program panitia dijalankan. Semoga sumbangan tuan/puan diberkati Allah dan diredhai oleh-Nya.

Bagi sesi 2013 ini, kami akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Program yang akan dijalankan pada bulan Januari ini ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H sepertimana ketetapan berikut :
            Tarikh       : 31 Januari 2013
            Hari          : Khamis
            Masa        : 7.30 pagi - 1.00 petang
            Pakaian    : Baju Melayu (murid lelaki) / Baju Kurung (murid perempuan)

Oleh itu,sehubungan dengan itu, kami Panitia Pendidikan Islam sangat mengalu-alukan sumbangan dari ibubapa/penjaga bagi menjayakan majlis tersebut. Segala keprihatinan dan kerjasama dari tuan/puan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.