Selamat Datang

Monday 14 July 2014

NUZUL AL-QURAN 1435H


PELANCARAN BULAN DAKWAH 2014

Alhamdulillah, pada hari ini genap 17 Ramadhan umat Islam menunaikan ibadah puasa. Pada hari ini juga telah berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, di mana Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu dari Malaikat Jibril iaitu Surah Al-'Alaq ayat 1-5.

Sepanjang Bulan Ramadhan ini juga, kami Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti seperti ketetapan berikut :

1. Tadarus Al-Quran
2. Kuiz Ramadhan
3. Ceramah Nuzul Quran
4. Majlis Khatam Al-Quran
5. Sumbangan untuk anak yatim dan fakir miskin

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, murid-murid dapat istiqamah dan iltizam dalam kehidupan harian mereka. Insya Allah.










Wednesday 22 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1435H

Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H seperti ketetapan berikut :

Tarikh     : 24 Januari 2014
Hari         : Jumaat
Masa       : 7.30 pagi - 10.15 pagi
Tempat    : Tapak Perhimpunan Sekolah

Sehubungan dengan ini juga, murid-murid diingatkan agar membawa buku mengikut jadual selepas rehat. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian seperti ketetapan berikut :
1. Murid lelaki   : Baju melayu dan bersongkok / kasut sekolah
2. Murid perempuan   Baju kurung yang sopan dan diwajibkan memakai tudung / kasut sekolah

Segala kerjasama dan keprihatinan dari tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday 6 October 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Salam Zulhijjah!! Bermulanya tarikh penting buat umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban.....disunatkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kuku hingga ke hari dia berkorban.
Rasulullah bersabda : "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Thursday 9 May 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KAFA SKPP18(1)

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun KAFA SKPP18(1) akan bermula pada 13, 14 & 16 Mei 2013. Ibubapa/penjaga bolehlah merujuk jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan di papan kenyataan KAFA SKPP18(1)

Sekian,terima kasih.


Thursday 21 March 2013

KHEMAH IBADAH & QIAMULLAIL SIRI 1 MURID TAHUN 6

Sukacita dimaklumkan, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu lagi program Ilmiah untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menempuh alam remaja, terutama sekali persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013.

Untuk makluman ibubapa/penjaga, program tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

           Tarikh     : 22 & 23 Mac 2013
           Masa      : 5.00 ptg (Jumaat) - 9.00 pagi (Sabtu)
           Tempat   : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Oleh itu, semua murid tahun 6 diminta hadir terus ke masjid pada pukul 5.00 ptg untuk pengesahan pendaftaran.

Pengisian program ialah :
1. Ice Breaking
2. Solat Berjemaah (Masbuq)
3. Cara-cara Solat Jenazah
4. Qiamullail

Fasilitator yang dijemput ialah kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).