Selamat Datang

Sunday 20 May 2012

Festival Nasyid Peringkat Negeri 2012

Alhamdulillah,selesai sudah Festival Nasyid Peringkat Negeri yang telah dilangsungkan di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 19 Mei 2012 (Sabtu). Dengan berkat doa, didikan dan dorongan, Kumpulan Al-Fatah telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Muhammad Zakariyya bin Md. Danial telah dinobatkan sebagai Solo Terbaik.

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah kepada semua peserta di atas usaha gigih yang telah membawa kita ke arah yang cemerlang. Terima kasih juga kepada Ustaz Idzhar bin Jumali yang telah banyak membantu kami sepanjang aktiviti nasyid ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, juga ibubapa yang telah memberi sokongan kepada anak-anak ketika bertanding.


Syukur.....Kami Berjaya!!!!



 Persiapan dan Kata Semangat dari Jurulatih dan Guru