Selamat Datang

Sunday, 29 July 2012

MINGGU PENGHAYATAN AL-QURAN

IQRA'!! IQRA'!! IQRA'!!
Itulah kalimah yang dilafazkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad di Gua Hira'. Dengan 3 kali sebutan sambil memeluk Nabi Muhammad, akhirnya Nabi Muhammad dapat menyebut kalimah tersebut iaitu dari Surah Al-'Alaq, ayat 1-5 pada 17 Ramadhan.

Bersempena dengan peristiwa tersebut, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Minggu Penghayatan Al-Quran selama 2 minggu. Pada 31 Julai - 3 Ogos 2012, aktiviti yang akan dijalankan ialah Kuiz Penghayatan Al-Quran. Murid-murid perlu menjawab soalan kuiz yang dikemukakan selama 30 minit waktu mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam akan memilih 3 pemenang yang menjawab dengan betul bagi setiap kelas.

Tanggal 17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012 pula, kami akan mengadakan Ceramah Nuzul Al-Quran di Dewan Besar Kompleks Sekolah 18(1). Penceramah jemputan pada hari itu ialah Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Siri1). Majlis akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Diharap dengan adanya program seperti ini, kita dapat menghayati mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad iaitu kitab Al-Quran Karim.

Friday, 20 July 2012

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1433H
















Alhamdulillah, Pelancaran Ihya' Ramadhan 1433H telah dilancarkan oleh Puan Norzah bt Mohd Kassim, Penolong Kanan Akademik. Dengan pelancaran ini, Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan.

Sepanjang Bulan Ramadhan ini juga, kami akan menjalankan Tadarus Al-Quran untuk murid pada waktu rehat dan guru pada akhir waktu persekolahan. Semoga dengan adanya tadarus ini, kita dapat memantapkan lagi iman dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Panitia Pendidikan Islam juga berbesar hati sekiranya ibubapa/penjaga & guru berhajat untuk memberi sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam bagi menjayakan program yang telah kami rancang pada tahun ini. Diharapkan sumbangan yang bakal pihak tuan berikan dapatlah membantu kami dalam  merealisasikan  pengimarahkan Bulan Ramadhan 2012M/1433H. Semoga tuan/puan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin.

Sunday, 15 July 2012

Bacaan Yasin & Solat Hajat Tahun 6







Makluman untuk murid tahun 6, adalah diwajibkan bagi murid Islam untuk menyertai Bacaan Yasin & Solat Hajat seperti ketetapan berikut :

Hari        : Setiap Jumaat
Masa      : 7.15 pagi - 8.15 pagi
Tempat   : Laman Surau

Diharap murid-murid dapat menepati masa yang ditetapkan bagi melancarkan perjalanan program yang dirancang. Semoga murid-murid beroleh kejayaan yang cemerlang dan dapat mendidik diri supaya sentiasa memohon pertolongan dan bertawakkal kepada-Nya. Amin.


RAMADHAN - Hadirmu Dinanti

Ramadhan Datang Lagi!!! Hadirmu Dinanti!!!
Panitia Pendidikan Islam akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadhan 1433H.
Pada 20 Julai 2012, Jumaat ini, Pelancaran Ihya' Ramadhan 1433H akan diadakan di tapak perhimpunan. Makluman juga kepada murid-murid agar membawa Yasin dari rumah dan bertudung bagi murid perempuan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan :
· Tadarrus Al-Quran
- kumpulan guru
- kumpulan murid

· Tazkirah mubarak yang akan disampaikan pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

· Alunan nasyid dan Asma-ul Husna sebelum loceng berbunyi.

· Ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran.

· Hari Apresiasi Ramadhan :
- Kuiz Sarjana Ramadhan
- Kuiz Minggu Penghayatan Al-Quran

· Majlis khatam Al-Quran

     . Solat Hajat Perdana UPSR



Kem Bestari Solat Siri 3 - Tahun 1

Adalah dimaklumkan bahawa j-QAF dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri 3 bagi murid-murid Tahun 1 seperti ketetapan berikut :

Tarikh / Hari          : 17 Julai 2012 / Selasa
Waktu                   : 1.15 petang hingga 4.30 petang
Tempat                 : Kelas masing-masing

* Makan tengahari disediakan
* Murid-murid tidak dibenarkan pulang dan aktiviti dijalankan di dalam kelas
* Murid-murid mesti membawa selipar untuk berwudhuk dan telekong bagi murid perempuan