Selamat Datang

Sunday 29 July 2012

MINGGU PENGHAYATAN AL-QURAN

IQRA'!! IQRA'!! IQRA'!!
Itulah kalimah yang dilafazkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad di Gua Hira'. Dengan 3 kali sebutan sambil memeluk Nabi Muhammad, akhirnya Nabi Muhammad dapat menyebut kalimah tersebut iaitu dari Surah Al-'Alaq, ayat 1-5 pada 17 Ramadhan.

Bersempena dengan peristiwa tersebut, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Minggu Penghayatan Al-Quran selama 2 minggu. Pada 31 Julai - 3 Ogos 2012, aktiviti yang akan dijalankan ialah Kuiz Penghayatan Al-Quran. Murid-murid perlu menjawab soalan kuiz yang dikemukakan selama 30 minit waktu mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam akan memilih 3 pemenang yang menjawab dengan betul bagi setiap kelas.

Tanggal 17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012 pula, kami akan mengadakan Ceramah Nuzul Al-Quran di Dewan Besar Kompleks Sekolah 18(1). Penceramah jemputan pada hari itu ialah Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Siri1). Majlis akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Diharap dengan adanya program seperti ini, kita dapat menghayati mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad iaitu kitab Al-Quran Karim.